MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGHAYATAN DISIPLIN 2015


Majlis Perasmian Program Penghayatan Disiplin 2015 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan telah diadakan pada 12 Februari 2015 pada  jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Dewan Baiduri sekolah. Majlis  telah disempurnakan oleh  Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan, Tuan Haji Ab. Ghani bin Che Kasim BSK, PJS, PMP.

Objektif program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling   untuk:
1.Melahirkan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala    sosial.
2.Melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan dalam semua bidang.
3.Melahlirkan pelajar yang cintakan diri sendiri, masyarakat dan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni.

Acara majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Selamat Al-Sultan, Lagu SMKP Berjaya dan bacaan doa serta  ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK. Perempuan, Pn. Noor Adlina Gooi bt Abdullah. Beliau mengharapkan agar semua pelajar menghayati dan mematuhi disiplin sekolah sepanjang tahun kerana pelajar yang berjaya adalah pelajar yang berdisiplin.

Dalam ucapan perasmian pula Tuan Haji Ab. Ghani bin Che Kasim mengharapkan agar setiap pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah serta menghormati semua guru yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk mendidik pelajar bagi melahirkan generasi yang berjaya. Beliau juga meminta agar pelajar turut mematuhi  peraturan jalanraya dan  menegaskan supaya pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu agar tidak sewenang-wenangnya menunggang motorsikal /memandu kenderaan bermotor  ke sekolah untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Kemuncak majlis pada hari ini adalah penyampaian sijil untuk pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas PSS, PRS, Pengawas Buku Teks , Briged Bestari, Ketua Tingkatan, Exco PraU dan majlis diakhiri dengan  bacaan ikrar.

Seterusnya majlis berakhir pada jam 9.00pagi.





MAJLIS PELANCARAN PROGRAM i-THINK PERINGKAT SMK. PEREMPUAN PASIR MAS 2015




Majlis Pelancaran Program i-THINK Peringkat SMK. Perempuan, Pasir Mas 2015 telah disempurnakan oleh YBrs Tn. Haji Hilmi bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Matematik), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 8 Febuari 2015 bertempat di Dewan Baiduri SMK. Perempuan , Pasir Mas, Kelantan.


           Program anjuran Jawatankuasa i-THINK sekolah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang penggunaan i-THINK di dalam pdp yang diharapkan nanti akan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah melahirkan murid yang berinovatif.


            Apa yang diharapkan daripada program ini, dengan menggunakan 'Thinking tools' murid lebih focus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. Aktiviti yang berpusatkan murid akan meningkatkan prestasi murid serta merapatkan hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

Kemaskini : 11 Februari. 2015






SELAMAT DATANG KE BLOG SMK PEREMPUAN PASIR MAS!!RUJUKAN KEPADA SEMUA WARGA SMK PEREMPUAN DAN LUAR|