PENTAKBIRAN



BARISAN PENTADBIR 2014





PEMANTAP BICARA PENGETUA                               
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

            Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayah Nya portal Manual Pengurusan Sekolah 2013 berjaya dihasilkan dengan sedikit penambah baikkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas di atas kesabaran, kesungguhan dan iltizam Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah dalam menyiapkannya.Semoga Manual Pengurusan Sekolah 2013 dapat memberi panduan dan rujukan dalam pengurusan sekolah ditahun 2013.

          Pendidikan masa kini menuntut penglibatan secara menyeluruh untuk merealisasikan hasrat pendidikan negara. Semua pihak harus komited dan berganding bahu dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif.

          Kecemerlangan akademik semata-mata tidak memadai untuk pelajar dalam menghadapi cabaran hebat pada era globalisasi ini . Kita perlu memupuk kesedaran serta mendedahkan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran khususnya dalam kokurikulum sebagai persiapan mereka untuk bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Semoga segala usaha yang digarap bersama dapat merealisasikan visi sekolah iaitu ke arah Sekolah Gemilang Pelajar Cemerlang Menjelang 2015. Saya penuh yakin dengan keupayaan dan keikhlasan warga SMKP  dalam mentransformasikan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan. Dengan keredhaan dan keberkatan dari ALLAH s.w.t. SMKP akan sebaris dengan sekolah-sekolah yang cemerlang. INSYAALLAH.     



SELAMAT MAJU JAYA       

HJH FARIDAH HUSIN
PENGETUA,
SMK PEREMPUAN.